Dakwaan bertemu Najib sama macam poster palsu, kata setiausaha Hadi

Ia susulan dakwaan blogger Umno yang berkata tokoh 2 parti berteras Melayu itu berjumpa selama 45 minit.
Samsuri-Mokhtar-najib-hadiPETALING JAYA: Desas desus Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini dinafikan oleh setiausaha politik presiden PAS itu.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dakwaan kedua-dua tokoh itu “bertemu empat mata” pada hari sama Majlis Syura PAS memutuskan hubungan dengan PKR hanya “berlegar di peringkat saraf”.
“Tidak betul. Maksud saya, ia hanya saraf yang berlegar-legar. Itu sahaja tarafnya,” kata Samsuri kepada FMT.
Ahmad Samsuri turut menunjukkan kepada FMT sebuah poster aturcara sambutan ulang tahun ke-71 Umno semalam, yang mendakwa kononnya Hadi akan tiba ke Stadium Bukit Jalil bersama-sama Najib, sedangkan perkara itu tidak berlaku.
Penafian itu menepis dakwaan seorang blogger Umno yang berkata pertemuan 4 mata antara Hadi dan perdana menteri berjalan selama 45 minit kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, spekulasi timbul PAS dan Umno akan bergabung untuk mentadbir Selangor susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :