DAP Parti Tengok Sahaja - Dr Sim


KUCHING: Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak gemar menuding jari dan melempar tuduhan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) walaupun mereka sendiri gagal membawa pembangunan kepada rakyat.

Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, DAP Sarawak cuba menjadikan SUPP sebagai 'kambing hitam' untuk menyorok kelemahan mereka.

"YB Pending (Violet Yong) tanpa segan silu menyamakan pembangkang sebagai ayam jantan yang tidak mampu bertelur (memberikan apa-apa kepada rakyat)," katanya.

Menurutnya, SUPP dan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) mampu memberi secara terus kebaikan kepada rakyat.

"Di kawasan saya (Batu Kawa, rakyat boleh melihat perubahan berbanding di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) DAP sebelum ini.

"Banyak yang perlu dilakukan selepas lima tahun DAP 'tengok sahaja'," katanya.-Sarawakiana


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :