Permintaan Syarikat Insurans Naikkan Kadar Premium Pnsurans Kenderaan Tidak Akan Dilayan – Johari


Terdapat ura-ura yang menyatakan syarikat insurans ingin menaikkan kadar premium kenderaan berdasarkan profil risiko pemegang polisi yang akan berkuat kuasa Julai depan. Namun buat masa ini, ia ditolak oleh kerajaan.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kerajaan tidak akan melayan mana-mana syarikat insurans yang ingin menaikkan kadar premium kenderaan tanpa mengemukakan justifikasi kenaikan kepada Bank Negara Malaysia (BNM), laporan Berita Harian.

Katanya lagi, kenaikan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa penilaian dan kelulusan pihak BNM.

“Tiada alasan kenaikan ini dibuat terhadap pemilik kenderaan yang tidak merekodkan sebarang kemalangan. Lagipun, antara justifikasi BNM adalah syarikat insurans yang diberi lesen tidak boleh menaikkan kadar premium insurans jika keuntungan melebihi tuntutan insurans.

“BNM ada formula sendiri menerusi langkah ini dan ia sebenarnya bermanfaat untuk jangka masa panjang. Mengikut tarif sedia ada, kadar premium akan bertambah murah bagi pemilik dan pemandu kenderaan yang berhemah,” katanya sewaktu mengulas isu ini. - Paultan

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :