DAP Sarawak Mahu SPR Laksana Sistem Daftar Pengundi Secara Online


MIRI: Pengerusi Parti Tindakan Demokrati (DAP) Pujut, Dr Ting Tiong Choon mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara atas talian.

Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, ia bagi membolehkan orang awam membuat pendaftaran secara terus.

“Pada masa ini mereka yang ingin mendaftar sebagai pengundi perlu mendaftar di Pejabat Pos di seluruh negeri dan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menjadi pengundi layak,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan adanya pendaftaran secara atas talian, sekurang-kurangnya pendaftaran tersebut dapat didaftar terus tanpa mengambil masa lama untuk proses kelulusan menjadi pengundi layak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut berkata, dengan cara pendaftaran secara atas talian tersebut, ia turut menggalakkan golongan muda mendaftar sebagai pengundi.

“Sistem sebegini juga dilihat lebih sistematik dan teratur serta menjimatkan masa.

“Pada masa yang sama, SPR turut dilihat sebagai sebuah badan bebas,” katanya.

Jelasnya, selain perlu sistem pendaftaran menjadi pengundi secara atas talian, SPR juga perlu terus telus khususnya dalam pilihan raya yang akan datang.

Mengulas mengenai pelupusan kertas undi bagi kawasan Pujut, katanya aktiviti itu menunjukkan SPR secara langsung komited, telus dan memberi kerjasama kepada kesemua parti yang terlibat dalam pilihan raya. – Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :