Sarawak Berpotensi Capai Negeri Ekonomi Digital



Impian Sarawak untuk memodenkan ekonomi negeri pasti akan terlaksana dengan adanya perancangan rapi seperti menaik taraf infrastruktur terlebih dahulu.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Sarawak berpontensi untuk menguasai ekonomi digital bagi meningkatkan ekonomi negeri ini.

“Masa depan Sarawak adalah cerah jika kita memperkenalkan ekonomi yang bergantung kepada digital. Pertama kita ada sumber dan kedua ada tanah.

“Jika data ditempatkan di Sarawak kita boleh melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan produk baharu,” katanya.

Memetik laporan Utusan Borneo, bercakap menerusi program Agenda Awani disiarkan menerusi Astro semalam, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1billion untuk naik taraf infrastuktur dalam mengembangkan negeri ke arah landskap ekonomi digital.

Mengenai kelajuan internet yang masih rendah di Sarawak, beliau berkata ia akan ditingkatkan menerusi gentian optik dan pengkomputeran awan.

“Dengan adanya teknologi terkini saya rasa kita boleh meliputi seluruh Sarawak dengan pelaburan begitu besar dan saya bersedia untuk melabur angka sedemikian,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, sektor produk-produk pertanian moden juga boleh menjadi salah satu faktor kemajuan negeri dalam ekonomi digital.

"Sarawak boleh maju dalam ekonomi digital apabila produk-produk pertanian moden berasaskan makanan dapat menembusi pasaran-pasaran besar di luar negara seperti China, India dan negara-negara ASEAN yang mempunyai populasi kira-kira tiga bilion penduduk," - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :