Mustafa kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Pas lagi.
Pas hari ini melantik Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ketua pengarah pilihan raya yang baru bagi menggantikan Datuk Mustafa Ali manakala Sallehen Muhyi mengambilalih pesuruhjaya Pas Selangor dari Datuk Iskandar Samad.
Setiausaha agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan dalam sidang medianya hari ini berkata, keputusan penukaran jawatan itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat hari ini.
Senarai pesuruhjaya Pas negeri-negeri yang baru.Dalam kabinet baru itu, Razman Zakaria dilantik sebagai bendahari Pas yang baru selain kekal sebagai pesuruhjaya Pas Perak. Nasrudin Hassan, ahli parlimen Temerloh kekal sebagai ketua penerangan.
"Jawatan naib presiden lebih tinggi dari pesuruhjaya, jadi Sallehen boleh memberikan tumpuan jaga Pas di Selangor sebab dia juga bukan exco," kata Takiyudin ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan media.
Terengganu pula mendapat pesuruhjaya baru apabila ketua ulama negeri, Datuk Hussein Awang dipilih menggantikan Satiful Bahri Mamat.
Selain tidak terpilih sebagai pengarah pilihan raya, Mustafa juga hilang terus dari barisan kabinet Pas kali ini.
Dalam pengumuman hari ini, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi Mat Som dilantik sebagai penolong setiausaha agung.
Tujuh dilantik sebagai AJK tambahan iaitu Sanusi Md Nor, Satiful Bahri Mamat, Mohammad Husein, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.
Related Posts :
Tommy Thomas Tidak Akan Bersara, PH Masih Perlukan 'Khidmat Cemerlang' Tommy ThomasPenguguran Terpilih Dan Pendakwaan Terpilih
27 Julai 2018
Ahli parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong, 52, di lepas dan di bebaskan oleh… Read More...
Anwar Masih Dianggap Dengikat Gabungan PH
DAP mengulangi kenyataan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dianggap sebagai agen pengikat antara PKR, DAP, Parti Amanah … Read More...
Hubungan Mat Sabu Dan Syiah Iran Akan Bawa Malapetaka Besar Pada Malaysia!!!
Malaysia berdepan selatan ekonomi oleh Amerika sekiranya Menteri Pertahanan, Mat Sabu, mahu meneruskan hasrat untuk mengadakan kerjasama … Read More...
Tiada Negara ‘Bebas’ Masalah Lepas Peralihan Kuasa - Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dalam masa beberapa tahun mendatang, rakyat akan tetap pertahan PH sebagai keraja… Read More...
RM711 Juta Barangan Mewah Najib Dan Rosmah Disita Kerajaan
The Edge melaporkan bahawa dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk merampas … Read More...