KEADILAN TERENGGANU SELAR TINDAKAN SPR MELARANG PENGEDARAN RANG DAFTAR PEMILIH.

Pimpinan KEADILAN TERENGGANU amat terkejut dengan tindakan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang pengedaran salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti-parti politik.

Surat Pekeliling oleh Setiausaha SPR Datuk Haji Abdul Ghani Bin Salleh, nombor rujukan: S.P.R.600-3/1/4(27), yang mengarahkan semua Pengarah SPR Negeri untuk mematuhi arahan untuk melarang pengedaran RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat kepada parti politik berikutan keputusan di mesyuarat suruhanjaya pada 28 Mac 2017 adalah tidak patut.

Sebelum ini, RDPT boleh didapati pada setiap suku pertama hingga keempat setiap tahun dalam bentuk cakera padat di pejabat SPR. RDPT ini diberikan secara percuma bagi memberi kemudahan kepada parti-parti politik membuat sebarang bantahan keatas mana-mana pemilih yang diragui sebelum digazetkan.

Justeru kami mempersoalkan tindakan SPR melarang pengedaran itu sedangkan sebelum ini salinan rang daftar pemilih boleh didapati oleh mana-mana parti politik samada dalam bentuk PDF melalui cakera padat mahupun buku? Dan apa yang lebih meragukan adalah arahan ini keluar bila kita hampir kepada Pilihanraya Umum dan selepas beberapa pendedahan pengundi meragukan oleh Bersih 2.0.

Tindakan SPR ini menyukarkan lagi pihak tertentu untuk memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih kerana sebaik sahaja daftar pemilih diwartakan, Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menghalang sebarang cabaran terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :