KUCHING: Kementerian Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengkaji keperluan membina Dewan Suarah di Meradong.
Dewan tersebut amat diperlukan berikutan peningkatan populasi di kawasan tersebut.
Menteri Muda Belia dan Sukan, Snowdan Lawan berkata, pembinaan dewan tersebut juga bergantung kepada peruntukan sedia ada.
"Setakat ini, terdapat dewan masyarakat di Bintangor yang boleh memuatkan 600 orang," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ding Kuong Hiing mengenai rancangan kerajaan untuk membina Dewan Suarah di Bintangor seperti bandar lain di Sarawak.-Sarawakiana