#DUNSarawak : Pendidikan Fokus Utama Jamilah


Datuk Amar Jamilah Anu (BN-Tanjung Datu) berazam untuk terus menitikberatkan bidang pendidikan di kawasan Tanjung Datu.

Menurutnya, pendidikan adalah kunci kejayaan dan boleh menjamin perubahan tahap sosio-ekonomi sesebuah keluarga.

“Inilah yang menjadi fokus saya. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi agar dalam masa yang tidak begitu jauh, setiap keluarga di Tanjong Datu akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang graduan tahap Diploma atau yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kerana mewujudkan portfolio Menteri Pendidikan di dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

“Kita tahu tentang keadaan yang serba kekurangan di sekolah-sekolah di luar bandar, termasuk di kawasan saya. Ini membuktikan Ketua Menteri amat serius di dalam menangani isu-isu berkaitan pendidikan di negeri ini,” ujarnya. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :