Rafizi Ramli berkata pengundi akan sedar parti itu hanya mahukan jawatan dan ganjaran.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, berkata demikian menjawab seruan Pemuda Amanah yang mahu rombakan dilakukan selepas PAS meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada 30 April lepaS.
Rafizi berkata ia berita baik untuk Pakatan Harapan kerana wajah sebenar PAS akan tertunjuk lagi lama PAS kekal dalam kerajaan negeri.
“Pengundi atas pagar ambil masa untuk menilai parti politik. Setiap hari PAS kekal dalam jawatan mereka di Selangor ia hanya akan menunjukkan PAS hanya mahukan jawatan dan ganjaran, bukan perjuangan dan aspirasi rakyat.”
Beliau bercakap selepas pelancaran buku “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)” di Hotel Empire Subang hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata alasannya mahu PAS kekal dalam kerajaan negeri mungkin berbeza daripada Azmin.
“Mengapa dan bagaimana menteri besar capai keputusan itu, itu hak beliau.
“Mungkin beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kerajaan negeri bertahan.
“Saya pula mempunyai tanggungjawab lain dan paling berminat untuk memastikan kita menggantikan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri) pada pilihan raya akan datang.”
Read More / Baca Lagi >>