Fuziah: SPR bantu Umno/BN dengan rang daftar pemilih?

Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh hari ini mempersoalkan jika keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menghentikan pengedaran rang daftar pemilih tambahan (RDPT) bertujuan untuk membantu Umno / BN terus mengekalkan kuasa.
“Memandangkan banyak pendedahan berkaitan pelbagai kepincangan yang dikesan didalam senarai daftar pemilih didedahkan baru-baru ini, apakah keputusan menghentikan pengedaran senarai RDPT ini satu lagi helah politik. Apa rasional di sebalik keputusan SPR ini?
“Apakah ia satu usaha bagi menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan umum atau taktik bagi membantu Umno BN untuk terus dapat mengekalkan kuasa mereka melalui pilihan raya umum akan datang?’ soalnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Pemimpin PKR itu berkata keputusan yang "mengejutkan dan tidak munasabah" tersebut menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai keadilan dalam proses pilihan raya.
“Saya melihat keputusan dibuat SPR melalui mesyuarat pada 28 Mac lalu itu sebagai tindakan tidak telus yang membelakangkan proses demokrasi yang diamalkan di negara ini.
“Saya tegaskan, salinan RDPT adalah penting kepada mana-mana parti politik. Ia digunakan sebagai sumber rujukan untuk proses semakan bakal pengundi agar dapat disahkan keabsahannya.
“Bagaimana mungkin dapat dikenalpasti mereka itu hantu atau benar-benar wujud atau mereka sebenarnya warga asing yang diberikan MyKad dan seterusnya punya hak mengundi?” soalnya.
Menurut Fuziah, sebarang keputusan menghalang parti politik atau pihak yang mempunyai kepentingan mendapatkan salinan RDPT hanya akan menyukarkan dan menggagalkan proses semakan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :