NEW YORK: Harga minyak menjunam semalam dan menghapuskan sepenuhnya keuntungan yang dilaksanakan akhir November lalu.
Harga minyak jatuh ke paras paling lemah sejak akhir November selepas OPEC dan negara pengeluar lain dijangka tidak akan melaksanakan beberapa langkah lebih drastik untuk mengurangkan lebihan bekalan minyak dunia.
Minyak mentah AS jatuh 5.06 peratus kepada AS$45.40 setong dan Brent berada pada AS$48.35, turun 4.8 peratus.
"Walaupun OPEC dijangka meneruskan pengurangan pengeluaran sendiri bagi tempoh enam bulan akan datang, ia akan menjadi cabaran untuk ahli bukan OPEC menjejaki langkah sama," kata Penganalisis Kanan Tenaga Interfax Energy, Global Gas Analytics, Abhishek Kumar.
"Pertumbuhan berterusan pengeluaran minyak AS akan turut menyaksikan kemungkinan lanjutan pengurangan bekalan OPEC melangkaui 2017 untuk tidak berlaku." - Reuters