Kemaruk Promosi Ganja


KUALA LUMPUR: Selamba menunjukkan kaedah pokok ganja ditanam dan cara menghisap ganja di laman sosial.

Itu antara perjuangan gerakan tertentu yang masih tidak berputus asa supaya bahan terlarang itu dihalalkan penggunaannya di negara ini atas nama perubatan.

Malah, ia dilakukan pihak tertentu secara terang-terangan dengan menyebarkan ideologi songsang itu menerusi Facebook (FB).

Gerakan menghalalkan penggunaan ganja ini dilihat mempunyai bilangan pengikut yang ramai dan saling berkongsi maklumat dan pendapat mengenai penggunaan ganja dalam kumpulan FB diwujudkan itu.

Malah, kumpulan terbabit menghasilkan baju memaparkan logo daun ganja atau perkataan berunsurkan provokasi bagi menunjukkan sokongan terhadap ideologi itu.-myMetro

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :