Higuain Buat Monaco Tersembam


MONACO: Wira dua gol Gonzalo Higuain berharap rakan sepasukan Juventus tidak terlena selepas menang 2-0 ke atas Monaco awal pagi ini dan semakin hampir menjejak kaki ke final Liga Juara Juara (UCL).

Penyerang Argentina Higuain membuka jaringan pertama m-29 sebelum menyudahkan hantaran lintang Dani Alves m-59 bagi memberikan kemenangan separuh akhir pertama Juve di Stade Louis II.

Juara Itali itu mengintai final di Cardiff pada 3 Jun dengan berkemungkinan besar berdepan juara bertahan Real Madrid yang juga bekas pasukan Higuain.

"Impian kami beraksi di Cardiff sejak Ogos lalu kian tercapai dan kini hanya selangkah ke sana," kata Higuain.

Dia kini meledak 31 gol musim ini selepas berhijrah dari Napoli dan membantu Juve mencapai sasaran mencapai potensi meraih gelaran treble.-AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :