Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali, menjangkakan dalam dua isu itu, Pas akan menghadapi masalah untuk menarik pengundi Melayu kerana parti itu akan bersaing dengan Umno jika berlaku pertandingan tiga penjuru (BN,PAS,PH) kelak.
"Jika berlaku pertandingan tiga penjuru sudah pasti Pas adalah parti yang tercorot dari segi perolehan kerusi yang dimenangi di seluruh negara.
"Ini kerana pertamanya, sentimen anti DAP yang dimainkan akan menjejaskan undi bukan Melayu kepada Umno-BN termasuk Pas.
"Keduanya, jika Pas mahu meraih undi Melayu kerana percaya bahawa isu 1MDB yang dikaitkan dengan pemimpin utama Umno, ia agak sukar kerana sebahagian besar dari orang Melayu masih lagi menyokong Umno.
"Jika adapun pengundi Melayu yang protes terhadap Umno mereka boleh beralih menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Dr Mazlan berkata, strategi anti DAP yang dimainkan oleh Umno bertujuan untuk menarik pengundi Melayu di luar bandar manakala di bandar dan semi bandar, tugas mendapatkan sokongan bukan Melayu diserahkan kepada parti komponen BN.
"Bagi Umno, 80 peratus pengundi Melayu luar bandar menjadi sasaran mereka untuk mengekalkan atau menambahkan jumlah kerusi yang dimenangi.
"Bagaimanapun majoriti pengundi bukan Melayu di kawasan bandar dan semi bandar dijangka akan menyokong Pakatan Harapan. Ini kerana 90 peratus orang Cina tinggal di kawasan bandar dan semi bandar berbanding di kawasan kampung-kampung dan kawasan Felda," ujarnya.
Menurut Dr Mazlan lagi, sejak beberapa tahun lalu Pas sudah beralih arah dengan menunjukkan semangat nasionalismanya yang hampir menyaingi Umno, sebuah parti bertunjangkan bangsa Melayu.
"Pada PRU12 dan PRU13 Pas pernah menolak sentimen agama dan kaum ketika bersama dalam Pakatan Rakyat dan ini menjadi punca beralihnya sokongan orang bukan Melayu kepada Pas dalam PRU13 melalui Pakatan Rakyat.
"Tetapi kali ini Pas tiada pilihan setelah tidak mahu jalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan mereka terpaksa memainkan isu agama dan kaum dengan menfokuskan penentangan terhadap DAP, suatu strategi yang sama seperti Umno-BN," ujarnya.
Ditanya sejauh mana Umno-Pas akan menjalinkan kerjasama politik dalam menghadapi pilihan raya akan datang, Dr Mazlan berpandangan, ia agak rumit untuk berlaku.
"Dalam PRU12 lalu BN yang kehilangan 2/3 majoriti dan 5 negeri pada masa itu telah membuat rundingan dengan Pas di Perak dan Selangor untuk mewujudkan kerajaan campuran dan sebahagian kepimpinan Pas seakan-akan berminat dengan rancangan kerajaan campuran itu.
“Bagaimanapun, rundingan ini gagal disebabkan Mursyidul Am Pas waktu itu, Nik Aziz (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menolak sebarang rancangan kerjasama dengan Umno.
Read More / Baca Lagi >>