Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Melaka Tengah direman 7 hari


PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Deputi Superintendan T. Gunasagaran, direman bermula hari ini hingga 29 Mei.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung kes itu mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Gunasagaran, 49, tiba di mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM dan kelihatan memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari.

Pegawai polis itu adalah individu kelapan melibatkan anggota dan pegawai polis ditahan SPRM di Melaka untuk membantu siasatan kes mengutip wang rasuah bagi melindungi pusat-pusat judi haram dan pusat urut di sekitar negeri itu. - K! ONLINE


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :