Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU

Melihat kepada kecenderungan pemimpin kedua-dua Umno dan PAS, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, menerusi ucapan dan ulasan mereka, ia mirip kepada kerjasama terutamanya dalam hal berkaitan agama.
Tengku-Razaleigh-pas-umnoPETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan Umno dan PAS boleh mengulangi kerjasama politik yang pernah disaksikan lebih empat dekad lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Setakat ini kedua-dua parti itu hanya menjalin kerjasama bukan politik membabitkan aspek berkaitan dengan agama.
Melihat kepada kecenderungan pemimpin kedua-dua Umno dan PAS, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, menerusi ucapan dan ulasan mereka, ia mirip kepada kerjasama terutamanya dalam hal berkaitan agama.
“Atas dasar kerajaan, ada sesetengah perkara disokong PAS. Jadi, apa salahnya kalau diwujudkan kerjasama di medan politik seperti PRU sekiranya ia tidak merugikan kedua-dua pihak,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online.
Bagaimanapun, pemimpin yang popular dengan panggilan Ku Li berkata, isunya adalah sama ada kerjasama politik boleh diterima atau sebaliknya.
“Tetapi, sama ada orang bawahan boleh terima atau tidak. Itu juga bergantung kepada pembahagian kerusi dan calon. Ini semua perlu diteliti oleh peringkat atas,” kata beliau yang pernah mengetuai parti Semangat 46, yang ditubuhkan susulan perpecahan dalam Umno pada akhir 1980-an.
Parti itu pernah menjalin kerjasama politik dengan PAS dan menentang Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN).
Ujar Tengku Razaleigh, walaupun beliau tiada masalah dalam kerjasama itu, namun di peringkat bahagian Gua Musang ada situasi tidak menyokong.
“Nak kata sokong, bahagian tidak menyokong. Namun, tak ada salah kalau bekerjasama termasuk dengan parti lain sekalipun, tiada beza untuk pilihan raya andai ia memberi manafaat kepada parti kita.
“Di Gua Musang misalnya, sekiranya ada kerjasama yang membawa kepada tiada pertandingan, ia tidak memberi faedah kepada pihak yang terlibat. Dari sudut lain, banyak lagi kena kaji,” katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini.
Sebelum ini, PPBM dakwa pihaknya yakin yang PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk berdepan dengan Pakatan Harapan dalam PRU14 walaupun parti Islam itu sudah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :