Majlis Setiausaha PH desak Pandikar Amin letak jawatan Speaker Dewan Rakyat

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang mengadakan sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang mengadakan sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini sebulat suara mendesak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melepaskan jawatannya kerana beliau gagal melaksanakan reformasi kepada institusi Parlimen di negara ini.
Pendirian sebulat suara diwakili Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Rais Hussin.
Menurut Saifuddin tindakan Pandikar menolak cadangan beberapa sistem Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan kecenderungan Pandikar untuk kembali membabitkan diri dalam politik, membayangkan beliau tidak lagi bebas daripada  kehendak kerajaan dan tidak lagi dianggap berkesan sebagai Speaker Dewan.
"Pembaharuan institusi yang paling penting telah ditolak Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, iaitu sistem Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
"Bagaimanapun 9 jawatankuasa itu telah ditolak membabitkan Jawantankuasa Pengangkutan dan Bandar; Pendidikan; Makanan dan Kesihatan; KesejahteraanLuar Bandar; Ekonomi;Hal Ehwal Wanita; dan Integriti.
"Semasa Tan Sri Pandikar jadi Speaker ada dua perkara yang telah berjaya dilakukannya iaitu wujudkan Kamar Khas (Second Chamber)
dan Waktu Pertanyaan Menteri kepada Perdana Menteri.
"Tetapi ada sedozen lagi permintaan daripada proposal kami yang ditolak.
"Juga ditolak Jawatankuasa Menimbang Rang Undang-undang kerana  akan ada kelewatan dalam proses pengubalan Rang Undang-undang dari segi logistik  sebelum dapat dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Jawatankuasa Peruntukan Perbelanjaan telah ditolak dan mencadangkan bahawa fungsinya dilaksanakan melalui Jawatankuasa Dewan sedia ada.
"Jawatankuasa Urusan Mesyuarat ditolak oleh Jawatankuasa Zahid Hamidi.
"Oleh yang demikian, pada pandangan kami Pandikar terlepas peluang keemasan untuk reformasikan institusi parlimen," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :