Zaid: Hubungan Umno-PAS baik untuk Najib, buruk bagi negara

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerjasama antara 2 parti Islam terbesar di negara ini akan memberi mereka peluang besar untuk mendapat undi paling banyak pada PRU14.
Zaid-IbrahimPETALING JAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mungkin menyebabkan kelahiran semula satu daripada sekutu paling kuat melalui kerjasama dengan PAS, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, parti pembangkang perlu bimbang dengan hubungan itu kerana peluang mereka memenangi pilihan raya umum akan datang semakin tipis.
Zaid yang menyertai DAP pada Februari lalu berkata, alasan itu jelas kerana umat Islam merupakan majoriti populasi di negara ini.
“Umno ialah parti Islam terbesar di negara ini. Dan PAS ialah ke-2 (terbesar). Secara logiknya, apabila kedua-duanya bergabung, mereka akan menjadi satu kuasa amat kuat.
“Jadi, pembangkang perlu melihat ini secara serius. Itu sebabnya saya minta pembangkang tidak terlalu yakin dengan berkata sesiapa sahaja merupakan calon perdana menteri lebih baik daripada Najib.
“Kami kini berdepan lawan kuat dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Selama ini, PAS bersama pembangkang. Jadi, ia adalah dinamik berbeza sama sekali sekarang,” katanya kepada FMT.
Untuk itu, Zaid mengucapkan tahniah kepada Najib kerana melakukan perkara betul untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tetapi, beliau turut memberi amaran kerjasama itu akan menyebabkan keputusan pilihan raya tertumpu kepada faktor kaum dan agama, yang dalam jangka panjang mungkin “memusnahkan negara”.
“Dalam jangka panjang, Malaysia akan menjadi sangat radikal dan sebuah negara seperti Taliban.
“Bagaimanapun, dari sudut pilihan raya, Najib melakukan perkara betul kerana ia (bergabung tenaga dengan PAS) akan menjadikan beliau lebih kuat.”
Ditanya mengenai reaksi parti komponen BN terhadap kerjasama Umno-PAS, Zaid berkata, bantahan hanya akan berlaku jika kedua-dua parti Melayu itu membentuk perikatan secara rasmi.
Katanya, disebabkan kemungkinannya tipis, parti komponen BN seperti MIC, MCA dan Gerakan mungkin membiarkan Umno dan PAS percaturan senyap mereka yang boleh menjamin kelangsungan politik mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :