Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi masyarakat Repok terutama di kawasan luar bandar.

Memetik laporan Utusan Borneo, Huang berkata masalah tersebut akan diselesaikan secara berperingkat dan dilakukan berdasar kepentingan dan situasi dihadapi masyarakat.

“Ia misi dan matlamat sebenar perjuangan kita. Kita mahu masyarakat mampu menikmati segala bentuk kemudahan dinikmati hasil sokongan padu kepada kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Kita akan berusaha merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar,” katanya

Sementara itu, berikutan aduan dan permohonan daripada penduduk yang berhadapan masalah tekanan air rendah di kawasan DUN Repok, Huang telah mengagih sebanyak 603 tangki air 1Malaysia kepada beberapa kawasan yang menghadapi masalah bekalan air bersih.

“Kita prihatin dengan masalah masyarakat berkaitan perkara ini kerana isu bekalan air memberi banyak tekanan khususnya menjelang musim perayaan.

“Jesteru, setelah mendapat kelulusan dan peruntukan untuk mengagih kemudahan tersebut, kita terus menghantarnya kepada masyarakat kerana keperluan ini amat ditunggu-tunggu mereka,” jelas Huang. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :