PRU14: PBDSB Umum Cobbold John Calon Parlimen Sri Aman


Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dengan rasmi mengumumkan Presidennya Cobbold John Lusoi akan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Pemangku Ketua Pemuda PBDSB Rapelson Richard Hamit berkata Cobbold merupakan calon yang berpontesi.

"Cobbold adalah calon paling sesuai untuk merampas kerusi tersebut",

“Beliau telah membuktikan bahawa beliau layak bertanding di kerusi itu dan telah berjuang untuk Dayak dan penduduk Sarawak secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, Cobbold dipetik Utusan Borneo berkata PBDSB tidak akan bertanding di kerusi tersebut.

"Walaubagaimanapun, PBDSB akan sentiasa bersedia mengemukakan calon untuk bertanding sekiranya menghadapi sebarang kemungkinan,"

“Wanita Kedayan mungkin antara calon berpotensi untuk mewakili PBDSB di Pujut,” katanya

Menurut Cobbold, PBDSB hanya akan memberi tumpuan untuk PRU dan Pilihan Raya Negeri dimasa akan datang.

"Untuk kerusi parlimen Pujut dan kerusi majoriti Cina yang lain, biarlah parti pembangkang berasaskan Cina yang berhadapan dengan parti BN berasaskan kaum Cina" ujarnya. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :