Dia pun membatalkan sidang media itu. Untuk menghalalkan tindakannya, lelaki terbabit berkata dia memikirkan maslahah umum dan mahu berlaku adil kepada wartawan lain yang tidak hadir.
Masalahnya ialah, lelaki itu mungkin terlupa bahawa dia sepatutnya berlaku adil juga kepada wartawan yang bersusah payah hadir ke tempat dan waktu yang dijanjikannya.
Dia membuat keputusan itu atas alasan maslahah dan adil, tetapi mengikut definisi dia sendiri tentunya.
Tidak ada perkembangan yang lebih ditunggu-tunggu semalam selain mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang akan membincangkan isu tahaluf siyasi dengan PKR.
Dia kami doa-doakan menjadi ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka suatu hari nanti walaupun ketika ini kerjanya adalah memantau bencana alam dalam negara. Kami yakin tidak ada salahnya pemantau cuaca menjadi ketua pengarah DBP ketika seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan pun boleh menjadi ketua audit negara.
Itulah masalahnya. Dengan bahasa kita selalu menjadi keliru. Sehingga kini masih ramai yang beranggapan setiap ungkapan Arab atau huruf-huruf jawi adalah Islam. Mereka barangkali lupa dengan huruf jawi dan bahasa Arab itu jugalah ramai yang mencarut.
Cuma bagi kebanyakan orang Melayu di negara ini, sesuatu ungkapan yang dilafazkan dalam bahasa Arab menjadikan sesuatu itu sakral. Samalah seperti tahaluf siyasi itu. Sedangkan bahasa mudahnya ada - kerjasama politik. Namun kerana ingin menjadikan ia suci, digunakanlah bahasa yang bukan bahasa Melayu.
Kemudian diumumlah bahawa tahaluf siyasi PAS dengan PKR berakhir. Putus begitu. Maknanya tiada lagi kerjasama antara kedua-dua parti itu.
Masih nak berkendak
Dengan dua seteru ketat PAS - DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) jangan ceritalah. Menyebut perkataan atau nama parti itu saja - bagi petegar PAS - seakan-akan meletakkan najis di atas lidah.
Demi maslahah rakyat, katanya, PAS kekal bersama PKR dan DAP yang membentuk kerajaan negeri.
Situasi itu kira-kira samalah dengan seorang suami sudah melafaz talak kepada isterinya, tetapi masih hendak berkendak. Alas bagi kecurangan itu adalah dua perkataan Arab juga: maslahah dan ra'ayah (rakyat).
Ia disambut pula oleh parti lain di Selangor dengan menggunakan hujah rakyat juga. Sedangkan rakyat di bawah ini bukan semuanya bersetuju dengan mereka.
Dengan langkah yang boleh dianggap keji itu, rakyat seolah-olah diletakkan begitu murah jika pun tidak dilacurkan secara politik oleh pihak yang kononnya berjuang demi kesejahteraan orang ramai.
Memanglah jika PAS menarik diri daripada kerajaan, kedudukan di PKR, DAP dan AMANAH di Selangor berubah. Pilihan raya umum (PRU) pula akan datang pada bila-bila masa. Rakyat - kata mereka - harus terus dibela. Sama ada kita masih rela dibela (dengan bacaan 'e' taling) atau dibela (dengan bacaan 'e' pepet) itu adalah isu lain.
Adakah jika mereka meletakkan jawatan - selepas kerjasama politik antara parti yang dibina selama ini ditalkinkan Majlis Syura Ulama PAS petang semalam - akan menyebabkan rakyat berkecamuk dan sukar diurus? Adakah rakyat tidak dapat dibela tanpa orang parti politik tertentu di GLC sana?
Maslahah cabutan bertuah
Kemudian menjelmalah malam nisfu Syaaban. Bagi orang Islam ia adalah detik berakhirnya 'buku' lama untuk tahun lalu dan bermulanya 'buku' baru bagi tahun mendatang.
Read More / Baca Lagi >>