MENANTI TEMPOH SEBULAN HASIL SIASATAN SPRM - MENDEBARKAN ATAU DALAM JANGKAAN?

Saya membaca laporan Malaysiakini mengenai keengganan Tan Sri Apandi Ali, Peguam Negara untuk mengesahkan sama ada dokumen dari laman SPRMInsider yang saya dedahkan selama lebih dua minggu ada benar atau palsu.

Apabila beliau enggan menjawab dan menukar topik kepada isu lain setelah ditanya mengenai dokumen itu, secara tidak langsung beliau mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah berlengah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya walaupun isu yang saya bawa itu adalah berkenaan kepentingan awam.

Minggu ini, saya menghabiskan masa selama seminggu secara berterusan untuk 2 kes berbeza yang dibawa Peguam Negara:

1) dakwaan di bawah BAFIA berkenaan pendedahan saya mengenai skandal NFC melibatkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

2) dakwaan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kononnya menyebarkan berita buruk mengenai Tabung Haji atas pendedahan saya bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif seperti yang terkandung di dalam surat mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

Oleh itu, jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan pendedahan-pendedahan yang saya telah buat setakat ini, saya yakin saya telah pun ditangkap dan didakwa.

Bukan itu sahaja, tidak ada seorang pun yang saya telah dedahkan menerima wang dari akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah membuat laporan polis atau menyaman saya atau menafikan dengan bukti.

Individu-individu paling penting (seperti berikut) pun tidak menafikan pendedahan saya:

1) Dato' Seri Najib tidak menafikan membelanjakan RM3.2 juta di kedai barang kemas mewah di Itali dalam satu hari yang dibayar dengan wang yang berasal dari SRC

2) Dato' Amhari Nazaruddin, pegawai khas Dato' Seri Najib tidak menafikan syarikatnya Orb Solutions Sdn Bhd menerima RM2 juta dari akaun peribadi Dato' Seri Najib dari wang yang berasal dari SRC

3) Bank Negara Malaysia tidak menafikan bagaimana seorang yang bernama Ariffin Salleh telah menunaikan cek tunai bernilai RM43 juta dalam masa 3 minggu dalam Januari 2015 yanh sudah tentu dikesan oleh Bank Negara; wang itu berasal dari SRC dan disyaki dari suntikan dana dari Tabung Haji

4) Tabung Haji sehingga kini tidak mengeluarkan satu pun kenyataan menafikan penglibatannya dalam keseluruhan pindahan wang keluar masuk ke akaun SRC melalui suntikan dana RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang mana anak-anak syarikatnya digunakan untuk "melapiskan" pindahan wang SRC ke akaun peribadi Dato' Seri Najib
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :