Setakat ini tiada seorang yang didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menerima dana SRC International membuat laporan polis terhadapnya.

PETALING JAYA: Ketiadaan penafian berbukti daripada mereka yang dinamakan sebagai penerima dana SRC International menyebabkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli percaya tuduhannya, berdasarkan dokumen yang diperoleh dari blog SPRMInsider, adalah benar.
“Jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan segala pendedahan terperinci yang telah saya buat setakat ini, saya sepatutnya telah ditangkap dan didakwa,” katanya dalam siaran langsung di Facebook hari ini.
“Setakat ini tidak ada seorang pun yang telah saya dedahkan yang telah membuat laporan polis atau pun menyaman saya atau pun menafikannya dengan bukti.”
Ahli Parlimen Pandan itu bulan lepas, menggunakan dokumen yang diperoleh dari SPRMInsider mendakwa sejumlah dana disalurkan ke akan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum dipindahkan ke individu lain.
Antaranya termasuk bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa. Nasharudin menafikan pernah menerima dana itu dan mendapatkan nasihat peguam untuk memulakan tindakan undang-undang atau tindakan yang dianggap wajar, bermanfaat dan mengikut undang-undang.
Rafizi dalam laporan Malaysiakini 3 Mei lalu dipetik sebagai berkata beliau belum terima surat tuntutan atau tindakan undang-undang dari Nasharudin.
“Individu-individu yang paling penting tidak ada seorang pun yang menafikan pendedahan saya,” kata Rafizi petang tadi.
Antara “individu penting” adalah Najib, pembantunya yang Rafizi dakwa menerima RM2 juta dari dana berkaitan SRC, Bank Negara Malaysia yang gagal menyiasat individu yang Rafizi dakwa menunaikan beberapa cek bernilai sehingga RM43 juta dalam masa 3 minggu pada Januari 2015, dan Tabung Haji.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Menteri Somalia Maut Ditembak Lelaki Tidak Dikenali
MOGADISHU - Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati Menteri Kerja Raya dan Pembangunan Somalia, Abbas Abdullahi Sheikh Sir… Read More...
Model Rakam Foto Bogel Atas Gunung Dikecam Maori
NEW ZEALAND: Tindakan biadab seorang model majalah Playboy yang bergambar secara bogel di gunung Taranaki dikecam komuniti Mouri tempatan.… Read More...
Cemburu atau sakit hati oh Ruhainies, Azrel mahu kahwin..
Baru-baru ini, Azrel telah tampil membuat kenyataan bahawa beliau bakal berkahwin pada tahun hadapan. Mendengar berita tersebut, Ruhainies… Read More...
Media Dinasihat Agar Sekat, Bukan Pasarkan, Ideologi Keganasan
gambar hiasan
BEIRUT, 4 Mei (Bernama) -- Media massa, termasuk agensi berita nasional. perlu melaksanakan peranan penting dalam me… Read More...
Punggung Berselulit, Kim Kardashian Hilang 100k Followers IG
KIM Kardashian mungkin mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui ramai wanita, namun dia sebenarnya masih manusia biasa yang mempunyai cela.… Read More...