Mengapa Pembangkang Mahu Penjualan Bandar Malaysia Dipercepat?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 4 Mei 2017

Berita bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah membatalkan penjualan 60% kepentingan di Bandar Malaysia kerana tidak membayar adalah satu kejutan kepada orang ramai.

Mencari peluang untuk menghentam pada sebarang perkara yang negatif mengenai 1MDB, orang-orang seperti Wall Street Journal dan ahli-ahli politik Pakatan juga telah mengeluarkan mesej yang mengatakan China enggan membenarkan CREC  membawa wang keluar dari China untuk melabur yang menyebabkan pembatalan perjanjian ini adalah bukti bahawa projek Bandar Malaysia tidak berdaya maju.

Beberapa ahli politik Pakatan seperti DAP Tony Pua telah mengambil kesempatan untuk menghentam pembatalan itu dengan berkata pelan rasionalisasi 1MDB telah gagal dan Arul Kanda mesti meletakkan jawatan.

Anehnya, semua ahli politik ini adalah orang-orang yang pada mulanya menghentam perjanjian penjualan ini pada akhir 2015 - mendakwa ia seperti menjual negara ke China.

Dan kini, mereka menghentam bahawa perjanjian itu telah dibatalkan?

Ahli-ahli politik ini adalah makhluk yang aneh dan berubah-ubah.

Tetapi soalan saya ialah: Adakah masih ada keperluan untuk mempercepatkan penjualan Bandar Malaysia?

Link asal artikel:
http://ift.tt/2dMkHMa

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :