Najib batal perjanjian RM7.3 bilion Bandar Malaysia - Financial Times

Financial Times melaporkan rakan kongsi Malaysia dalam usaha sama membeli 60% ekuiti projek pembangunan hartanah KL itu 'berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan'.
Financial-Times_TRX-City_600new
PETALING JAYA: Susulan pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) projek pembangunan Bandar Malaysia minggu lalu, Financial Times (FT) melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang mengarahkan SSA itu ditamatkan.
Sebelum ini, media melaporkan China Railway Engineering Corp (CREC) gagal mendapat kelulusan Beijing dan pembiayaan untuk projek itu. CREC ialah unit China Railway Group milik kerajaan China.
Bagaimanapun, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang merupakan rakan kongsi Malaysia bagi CREC, juga dipercayai berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan.
“Satu faktor penting ialah kesukaran dihadapi Iskandar Waterfront Holdings, rakan kongsi Malaysianya, dalam mendapatkan pembiayaan, menurut 2 orang yang tahu mengenai proses itu.
“Najib sudah hilang kesabaran dan mengarahkan penamatan perjanjian itu sendiri, kata seorang daripadanya,” lapor FT.
Pada 3 Mei lalu, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan SSA dengan IWH-CREC membabitkan penjualan 60% daripada modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd sudah luput dan terbatal.
Rabu lalu, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan perjanjian yang dimeterai dengan IWH-CREC pada 2015 sudah luput dan terbatal kerana “gagal memenuhi obligasi pembayaran”.
IWH-CREC bagaimanapun menafikan dakwaan mereka gagal membuat pembayaran, sekalipun sudah diberikan penangguhan sebanyak 12 kali. Sebaliknya, konsortium kerjasama China-Malaysia itu menegaskan mereka sudah membuat semua bayaran itu kepada TRX City seperti termaktub dalam SSA.
IWH-CREC dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu berkata, mereka mempunyai kemampuan dan sumber kewangan mencukupi untuk memastikan pembangunan Bandar Malaysia dilaksanakan secara lancar dan berjaya.
Dengan luputnya perjanjian itu, IWH-CREC bukan lagi pemaju induk projek Bandar Malaysia bernilai RM200 bilion.
Perjanjian Bandar Malaysia antara TRX City Sdn Bhd milik kerajaan Malaysia dan konsortium IWH-CREC dikatakan ialah bahagian penting dalam mesej Tahun Baru penuh yakin Najib yang “cabaran utama” 1MDB sudah berakhir.
TRX City sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd.
Perjanjian itu membabitkan pembayaran AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion) daripada IWH-CREC untuk 60% ekuiti dalam projek pembangunan hartanah utama di Kuala Lumpur itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :