Shahrir: NGO anak Felda ‘syok sendiri’ mahu banteras rasuah

Pengerusi Felda percaya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan Hisbah Centre for Reform (Hisbah) cuma mahu menarik perhatian media.
Tan-Sri-Shahrir-Samad,-Anak,-HisbahPUTRAJAYA: Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan Pusat Reformasi Hisbah (Hisbah) untuk membanteras rasuah dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai “syok sendiri”.
Beliau tidak percaya inisiatif 2 badan bukan kerajaan itu lebih berkesan daripada kerjasama sedia ada antara Felda dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tindakan 2 NGO itu hanya seronok dan syok sendiri. Mereka lebih kepada mahu menarik media untuk melaporkannya, dan media pun telah melaporkan,” katanya kepada FMT di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) hari ini.
“Felda telah lebih awal mewujudkan cara dalam menangani rasuah. Adakah dengan kerjasama 2 NGO itu lebih baik daripada cara kita?” tambahnya, yang juga pengerusi Felda.
Shahrir diminta mengulas mengenai perjanjian persefahaman yang ditandatangani Pengerusi Anak Mazlan Aliman, yang juga ahli jawatankuasa Amanah nasional, dan Pengerusi Hisbah, bekas senator Datuk Ezam Md Nor semalam.
Mereka dijangka melancarkan kempen pendedahan dan kesedaran rasuah dalam Felda 21 Mei ini, bermula dengan kawasan Felda di Parlimen Pekan, Pahang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :