Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak didakwa gagal menguruskan industri negara ekoran langkah DRB-Hicom menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holdings kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Zhejiang Geely Holding.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Najib seharusnya menguruskan industri tersebut dengan baik demi pertumbuhan ekonomi negara di masa akan datang.
“Ini adalah bukti bahawa perdana menteri gagal dalam menguruskan satu industri yang berteknologi tinggi yang sepatutnya menjadi tumpuan pertumbuhan ekonomi yang lebih lestari di masa akan datang,” katanya.
Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis serahan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau dalam parlimen Gombak serta Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.
Menurut DRB-Hicom, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan akan memeterai perjanjian definitif pada Julai 2017.
Syarikat itu juga dilaporkan akan menjual semua kepentingannya dalam syarikat pembuat kereta sport British, Lotus kepada Geely dan Etika Automotive Sdn Bhd.
Sementara itu, Azmin berkata beliau turut sependapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dengan pengambilalihan itu, Proton tidak lagi menjadi kereta nasional.
“Proton seperti yang disebut oleh Tun Mahathir amat menyedihkan sebagai kereta nasional telah terlepas ke tangan orang asing kerana kegagalan Putrajaya untuk memberi dukungan kepada automotif negara.
“Ini menyebabkan orang asing sekarang menguasai proton dan sekarang Proton bukan lagi kereta nasional dah terlepas ke tangan orang asing,” katanya.
Related Posts :
#PRK: 5 Cawangan SUPP Miri Digesa Terus Bekerjasama
MIRI: Semua cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri melibatkan Bekenu, Lambir, Piasau, Pujut dan Senadin digesa bekerjasama untu… Read More...
Tiket Sukan SEA Kuala Lumpur Dijual Selepas Aidilfitri
KUALA LUMPUR - Jualan tiket bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017) akan mula dijual selepas sambutan H… Read More...
Fattah Amin sudah berjumpa keluarga Fazura, tidak tolak dijodohkan!
Fattah Amin mngakui dirinya semakin rapat dan sedang dalam proses mengenali hati budi Fazura. Dalam tak disangka, memetik portal AstroGemp… Read More...
Buah Tin Segar Semakin Diminati
KULIM -- Selain kurma, buah tin merupakan antara pilihan makanan sunah yang dijamah tatkala berbuka puasa di bulan Ramadan.
Namun, tidak… Read More...
Memberi undi kepada Pas, adalah seperti memberi undi kepada Umno/BN!
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Negara perlukan ‘pemandu baru’, PAS sedia ganti BN.
Pas d… Read More...