Nana Dalam Kelas Tersendiri


Selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua, populariti penyanyi Siti Nordiana mencanak naik.

Malah kemunculan Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 33, dalam bidang lakonan turut mendapat maklum balas baik.

Masakan tidak watak Hani Safira yang dijayakan dalam drama Dia Semanis Honey (DSH) mencipta fenomena tersendiri sekali gus meletakkan nama Nana sebaris pelakon sedia ada.

Berdasar pencapaian kerjaya Nana sepanjang dua tahun ini, tidak keterlaluan jika dikatakan Nana kini berada di kelas tersendiri.

Ditambah dengan personaliti bersahaja yang dibawa Nana menjadikan dia kesayangan rakyat Malaysia.-myMetro

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :