Jentera PBB Sentiasa Bersedia Hadapi PRU14 - Abang Jo


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

“Meskipun tarikh pilihan raya belum dimaklumkan, tetapi bukan sahaja PBB malah BN Sarawak juga sudah bersedia menghadapi PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa,” katanya yang juga Presiden PBB.

Beliau berkata, dengan adanya dasar kerajaan persekutuan dan negeri khasnya, kemungkinan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) akan meningkat.

“Apa yang penting ialah kestabilan politik dan juga dasar-dasar yang disediakan mementingkan rakyat serta merupakan pembangunan jangka panjang,” ujarnya sambil menepis dakwaan segelintir pihak bahawa dasar yang diumumkan beliau sekadar ‘hot air’ (cakap kosong).

Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, di Sarawak banyak dasar yang telah diumumkan sempena 100 hari beliau dilantik sebagai Ketua Menteri yang akan dilaksanakan dalam tempoh jangka panjang, sekurang-kurangnya dalam masa tiga tahun.

“Biar orang kata ‘hot air’ (cakap kosong), ia terpulang kepada mereka. Yang penting, dasar-dasar yang saya umumkan adalah untuk jangka masa panjang kepada rakyat,” ujarnya . – Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :