Netizen Kritik Logo PH Macam Kacang 'Ngan Yin'



Logo memainkan peranan yang paling penting dalam menubuhkan sesebuah parti apatah lagi sebuah parti yang baharu untuk diperkenalkan kepada masyarakat

Selain membawa imej dan jati diri perjuangan suatu parti, ia juga memudahkan pengundi untuk mengenali parti kita.

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah memuat naik tiga senarai pendek logo Pakatan Harapan(PH) dengan harapan mendapat undian daripada orang ramai. Logo yang mendapat undian ramai akan dipilih menjadi logo rasmi PH pada Piliharan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Walaubagaimanapun logo berkenaan mendapat kecaman hebat daripada netizen. Tidak cantik, bersifat kekampungan, langsung tidak menunjukkan imej profesional, itu adalah antara respon yang diberikan netizen. Malah ada yang menyamakan logo mereka sama seperti produk makanan.


"A dan B sama je...C mcm kcg ngan yin pulok...cer reka logo yg kalau tengok dari pelbagai sudut rupanya tetap sama...ni kalau dterbalikan...dah isyarat tgn x bagus jadinya...buatla pertandingan mencipta logo...rakyat kita kan kreatif," kata pengguna facebook, Sdy Cdy.

“Macam logo kacang mengelembu Ngan Yin aje, tolong designer buat creative sikit,” kata Hisham Misri

Netizen juga berkata logo tersebut langsung tidak mencerminkan ciri-ciri kesepaduan parti pembangkang yang merupakan gabungan antara DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Tidak seperti logo BN = Dacing yang melambangkan keadilan dan kesamarataan.

“Tak ada semangat kesatuan langsung, tak wakili rakyat malaysia. Tengok logo Pakatan Rakyat dahulu, lebih dekat dengan rakyat berbilang kaum di Malaysia,” kata Muhamad Hassbi.


Tidak kurang juga ada segelintir netizen mencadangkan PH membuat pertandingan mencipta logo yang lebih sesuai dan memberi peluang kepada pereka grafik luar yang lebih berbakat.

"YB saya cadangkan buat pertandingan cipta logo..ramai lagi anak muda yg berbakat (pereka grafik). Bagi lah hadiah sempoi sikit..baru semangat. Mesti lagi sempoi dari yg dok ada ni," kata Pagoda Lusuh.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan satu daripada logo itu direka oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), manakala dua lagi dihasilkan oleh PKR.

Dua daripadanya menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya dan masing-masing berlatar belakang kuning dan merah. Manakala satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :