Jurucakap Otai Reformis, Ronnie Liu berkata, sekiranya Anwar diampunkan, ketua umum PKR itu masih boleh mengambil bahagian untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
"Jika tidak, Anwar hanya boleh dibebaskan pada 10 Jun tahun depan, yang lama lagi," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib dan ADUN Port Dickson M Ravi (PKR).
Otai Reformis yang terlibat aktif dalam gerakan Reformasi 1998 berkata, selain itu mereka juga akan mengadakan siri jelajah kempen "Bebaskan Anwar" di seluruh negara.
Saari yang juga ADUN Hulu Kelang, berkata siri jelajah itu akan diadakan di seluruh negara sehingga tokoh itu dibebaskan.
Sebanyak 18 kumpulan lain turut menandatangani memorandum itu.
Kira-kira 60 orang hadir menyerahkan memorandum tersebut yang diterima pegawai istana, Cik Hilmi Cik Musa.