SINGAPURA: Pekerja binaan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dijatuhkan hukuman penjara empat minggu oleh mahkamah di sini, hari ini terhadap cubaan menawarkan rasuah kepada polis trafik negara itu supaya tidak mengeluarkan saman trafik.
Tertuduh, Sang Jia Weng, 30, menawarkan S$30 (RM92.70) kepada Staf Sarjan Zulkifli Dzahari selepas didapati tidak mengikat tali topi keledar ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Bukit Timah berhampiran susur keluar Bukit Panjang pada 10.35 pagi, 11 Januari lalu.
Jia Weng merayu supaya tidak dikenakan saman dan menawarkan S$30 (RM92.70) kepada Zulkifli.
Selepasa tawarannya ditolak, Jia Weng memasuki tiga keping wang tunai S$10 (RM30.90) ke dalam poket seluar Zulkifli.
Susulan itu, Zulkifli dengan serta-merta menahan Jia Weng.
Jia Weng didakwa pada 19 April lalu atas satu pertuduhan menawarkan rasuah.
Dia boleh didenda sehingga S$100,000 (RM309,000) atau sehingga lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.-TODAYOnline