PAS mahu tanding kerusi Izzah, Tian Chua

Pesuruhjaya Mohamad Noor Mohamad berkata juga akan mahu menarik undi pengundi Islam di kerusi majoriti DAP seperti Segambut
tian-hua-nurul-izzah-pas-benderaKUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan berikrar akan bertanding di 9 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, termasuk Lembah Pantai, yang kini diduduki Nurul Izzah Anwar, dan kerusi Tian Chua, Batu.
Pesuruhjaya Mohamad Noor Mohamad berkata, PAS Wilayah Persekutuan juga mahu menarik undi pengundi Islam di kerusi Parlimen yang majoriti menyokong DAP, seperti Segambut.
“Keputusan ini selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR telah terbatal,” katanya Mohamad kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan hari ini.
Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi Parlimen termasuk Putrajaya dan Labuan. PAS gagal memenangi sebarang kerusi dalam Wilayah Persekutuan pada PRU13.
Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali merupakan ahli Parlimen terakhir PAS di Wilayah Persekutuan, selepas memenangi kerusi Titiwangsa pada PRU12.
Pada PRU nanti, PAS turut menyasarkan kerusi Bandar Tun Razak (Bebas, dulu PKR), Wangsa Maju (PKR), Setiawangsa (BN), Titiwangsa (BN), Putrajaya (BN) dan Labuan (BN).
“Kita lihat sokongan terhadap PAS semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan orang Melayu Islam, di samping kita masih lagi mendapat sokongan pengundi bukan Islam.”
Ditanya mengenai peluang PAS memenangi Segambut, Mohamad Noor berkata, kajian menunjukkan tidak semua pengundi di Parlimen itu memberi undi kepada DAP.
“Sasaran pertama sudah tentu daripada pengundi Islam untuk undi PAS di Segambut di samping undi orang Cina dan India, kerana tidak semua mereka mengundi DAP,” katanya.
Pada PRU13, Lim Lip Eng menewaskan calon BN dengan majoriti 19,199 undi. Daripada 75,631 pengundi berdaftar, DAP peroleh 41,383 undi manakala BN 22,184.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :