PAS Wilayah Persekutuan mahu menghapuskan 'khurafat' kononnya parti 'pak lebai' tidak mampu keluar dari Pantai Timur dan Utara Semenanjung.
“Kita mesti pecahkan ‘khurafat’ ini. Kita kena bertanding di Putrajaya,” katanya dalam ucapan di Konvensyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan hari ini.
“Kita pastikan perjuangan PAS boleh diterima seluruh masyarakat,” tambahnya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada sindiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selepas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan rancangan menawan Selangor.
“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun tersungkur,” kata Azmin di Twitter 21 Mac lepas, dipercayai ditujukan kepada Nik Abduh, yang tewas dalam pemilihan kawasan Pengkalan Chepa.
Mohamad hari ini menyifatkan pandangan yang mahu mengehadkan peluang PAS kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja sebagai kenyataan bongkak dan sombong.
Read More / Baca Lagi >>