PAS Selangor kekal dalam kerajaan Pakatan, mandat diberi rakyat

Exco Iskandar berkata mereka akan menyokong kerjasama dengan kepimpinan sedia ada demi kestabilan Selangor
iskandar-2
PETALING JAYA: PAS Selangor hari ini menepis khabar angin mendakwa mereka akan berundur dari kerajaan Selangor yang dipimpin PKR, susulan pertelingkahan antara kedua parti, dan berkata mereka mahu menunaikan mandat yang diberikan pada pilihan raya umum lalu.
Datuk Iskandar Abdul Samad, yang baru-baru ini digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, berkata beliau mahu terus kekal bagi memastikan semua program dan inisiatif kerajaan negeri dilaksanakan.
Iskandar adalah exco perumahan, pengurusan bangunan dan peneroka bandar.
Beliau bersama-sama Zaidy Abdul Talib (infrastruktur) dan Yunis Hairi (hal ehwal agama Islam) adalah 3 wakil PAS dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Exco akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008,” katanya, merujuk kepada peristiwa pembangkang berjaya memenangi Selangor daripada Barisan Nasional.
Iskandar menambah PAS Selangor akan terus bekerjasama dengan kepimpinan sedia ada.
Pengisytiharaan hari ini menyusuli usul sebulat suara perwakilan PAS pada muktamar bulan lepas, yang mahu menamatkan “tahaluf siyasi” dengan PKR kerana bekerjasama dengan parti serpihan, Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :