Satu lagi kisah menarik yang berlaku sepanjang minggu lepas ialah mengenai seorang artis yang mendakwa dirinya telah 'dihalau' oleh seorang artis yang lain ketika menghadiri satu majlis.
Dengar katanya, artis tersebut mendapat tahu bahawa kehadirannya ke majlis tersebut tidak disenangi oleh artis dari 'Jenama Lain' yang turut mengugut untuk menarik diri dari majlis itu.
Dan cerita yang terbaru, artis yang mendakwa kononnya dia telah dihalau itu akan mengambil tindakan terhadap pihak penganjur kerana dikatakan cuba memburukkan dirinya.
Dalam erti kata lainnya, artis berkenaan seolah - olah cuba menyalahkan pihak ketiga kerana enggan berterus terang dan dianggap cuba menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan orang ramai.
Keadaan itu seolah - olah membayangkan dilema yang sedang dihadapi oleh Si Menteri Besar Selangor tu pada ketika ini yang masih tetap enggan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Jika sebelum ini, Si Azmin Ali tu dikatakan cuba untuk menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat kerana takut kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor akan tergugat.
Kenapa Si Azmin tu takut nak mengaku memang dia ada mengarahkan ketiga - tiga exco PAS supaya meletakkan jawatan dan semua pihak berkepentingan boleh bersedia menghadapi sebarang kemungkinan?
Azmin seharusnya bersikap budiman dan memberitahu bila dia mahu menghadap Sultan Selangor memohon pelantikan tiga exco baru atau membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri.
Selepas pertemuan dengan tiga exco PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Azmin memberitahu media perbincangan berkisar kepada keputusan yang telah dibuat Majlis Syura PAS.
Tetapi dia lansung tak sebut tentang peletakan jawatan Exco. Namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan pada 13 Mei 2017, bahawa Azmin mengarahkan exco PAS itu meletakkan jawatan.
Akhbar berkenaan begitu yakin terhadap sumber beritanya dan meletakkan logo eksklusif pada berita di halaman hadapannya. Semua pemerhati politik terkedu. Begitu nekadkah Azmin?
Malangnya, sehingga kini Azmin tidak mengesah atau menafikan berita berkenaan. Mungkinkah ada pihak sengaja “menyalurkan maklumat” pada akhbar berkenaan supaya melaporkan bahan “eksklusif” itu?
Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin itu secara tidak lansung memberikan gambaran bahawa dia seolah - olah takut mahu menghadapi kebenaran kerana khuatir jawatan yang disandanya pada ketika ini hilang sebelum PRU yang akan datang!!!