Pelabur Asia Pantau Wall Street



SINGAPURA: Saham Asia berundur daripada keuntungan semalam selepas mengambil petunjuk prestasi Wall Street dan pengukuhan dolar AS selepas Rizab Persekutuan mengeluarkan kenyataan positif semalam.

Pada penutup mesyuarat dua hari semalam, Fed mengumumkan mengekalkan penanda aras kadar faedah namun tumpuan pelabur ialah kepada petunjuk kenaikan kadar faedah baharu tahun ini.

Dolar AS naik 0.1 peratus berbanding 112.83 yen, iaitu paras tertingginya sejak 20 Mac selepas menjunam 0.6 peratus semalam.

Indeks dolar berbanding mata wang lain pula naik 0.1 peratus kepada 99.332, menokok kenaikan 0.2 peratus semalam.

Tumpuan kini beralih kepada penggajian bukan perladangan AS untuk Mac yang akan diumumkan esok selepas data pekerjaan swasta menambah 177,000 pekerjaan pada April.

Ia lebih tinggi daripada jangkaan walaupun pada kenaikan lebih lemah sejak Oktober.

Indeks MSCI yang menjejaki saham Asia Pasifik selain Jepun, jatuh 0.15 peratus dalam dagangan awal pagi ini.

Sentimen minyak mentah AS turut menyaksikan dagangan lebih lemah 0.4 peratus kepada AS$47.65 setong - Reuters

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :