Pemilihan Karim Tepat Pada Masanya


KUCHING: Pelantikan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan dilihat sebagai transformasi kabinet negeri dalam usaha menangkat bidang sukan di Sarawak ke tahap lebih tinggi.

Ramai pihak berpendapat pemilihan Karim tetap pada masanya memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya tepat pada masanya.

Karim pula menyifatkan pelantikan itu sebagai amanah kepada rakyat dan negeri Sarawak.

"Saya akan berusaha untuk meningkatkan penglibatan rakyat dalam sukan selain menjadikan sukan sebagai satu tarikan untuk pelancongan.

"Kita ada pelancongan eko, justeru sukan boleh dianggap sebagai satu bentuk pelancongan lagi," katanya,

Selain itu, Karim juga dilihat amat popular di kalangan persatuan sukan kerana sering menghadiri kejohanan atau program berbentuk sukan serta belia di negeri ini.

Lebih menarik lagi, gandingan Karim dalam mentadbir kementerian tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan yang turut meminati sukan.

Snowdan yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Menteri Muda Belia dan Sukan dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

Menurutnya, sudah pasti pasti tugas baharu mencabar namun beliau tetap teruja kerana diberi ruang dan peluang.

"Saya akan berbincang dengan Menteri (Datuk Abdul Karim) bagaimana untuk membantu meningkatkan mutu belia dan sukan di negeri ini.

"Tumpuan selepas ini adalah untuk membantu menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan di rantau ini," ujarnya.-Sarawakiana


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :