Sayap pemuda Pakatan Harapan menjanjikan sejuta peluang pekerjaan dalam masa lima tahun jika pakatan pembangkang merampas kuasa Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang.Pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan kerana mereka sendiri mengakui bahawa Malaysia ini sememangnya banyak peluang pekerjaan di mana terdapat 3.3 juta pekerja asing. Kononnya mereka cuba jadikan pekerjaan dengan tawaran gaji lebih menarik, penganggur akan menyertai pasaran kerja tempatan.
Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, gabungan itu menyasarkan untuk mencapai matlamat ini dengan menjadikan 'kerja kotor' lebih menarik dan mengurangkan tenaga kerja asing.
"Terdapat 3.3 juta pekerja asing yang sah pada 2016, kami berhasrat untuk mengurangkannya kepada 2.5 juta dalam tempoh lima tahun," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini.
Syed Saddiq berkata, dengan tawaran gaji yang betul, seorang warga tempatan boleh melakukan dua kerja warga asing. - Mkini
Persoalannya, benarkah peluang kerja di Malaysia ditawarkan dengan gaji tidak menarik kepada pekerja tempatan?
Jom tonton video ini.
Masalah utama ketika ini adalah golongan yang memilih kerja. Memang tidak dinafikan ada kes-kes pekerja yang diberhentikan atau tempat kerja mereka ditutup tetapi masih terdapat banyak lagi peluang pekerjaan yang ditawarkan setiap hari.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara pada tahun lepas. golongan belia merupakan peratus tertinggi dalam kelompok penganggur.
Sumber : http://ift.tt/2qLavNp
Dan lebih mengejutkan bahawa kajian tersebut mendapati pengangguran di kalangan siswazah lebih tinggi daripada bukan siswazah.
Maka menjadikan kerja kotor lebih menarik tidak dapat menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan belia kerana ia bukan punca utama. Berdasarkan kajian-kajian yang dibuat oleh pihak Kerajaan, kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementeraian Belia dan Sukan telah pun mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan keboleh pasaran graduan dengan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).
Untuk bidang teknikal, sistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional diperkasakan di semua institut latihan di bawah kementerian dan jabatan melalui Pelan Pendidikan Tinggi 2015-2025.
Dalam masa yang sama, YAB Perdana Menteri sendiri memberi fokus kepada ekonomi digital Malaysia dengan melantik Jack Ma sebagai penasihat kepada Kerajaan dalam perkara tersebut. Ini kerana Kerajaan sedar bahawa ekonomi digital merupakan bidang baharu untuk golongan belia menjadi usahawan internet.
Kepada Pemuda Pakatan, rajin-rajinkan membaca fakta dan data-data kajian bukannya semberono mengkritik dan menuduh Kerajaan tidak cakna rakyat. Memang mudah menghasut dan menjanjikan bulan dan bintang tanpa berpijak realiti hari ini. Kepada golongan belia, peluang telah pun terbuka cuba anda perlu berdiri di atas kaki sendiri, jika tidak, peluang-peluang ini direbut oleh pekerja asing. Kerajaan boleh menyediakan ruang dan peluang tetapi tiada gunanya semua itu jika anda sendiri tidak bertindak dan terikut-ikut dengan hasutan pihak yang tidak bertanggung jawab.