Pentagon Minta AS Tambah Tentera Ke Afghanistan


WASHINGTON: Pentagon memohon Rumah Putih menghantar tentera tambahan ke Afghanistan untuk membantu dalam pertempuran sengit dengan Taliban.

Menurut media Amerika Syarikat, Pentagon akan memohon 3,000 sehingga 5,000 tentera tambahan.

Kebanyakan daripada mereka akan berperanan memberi khidmat nasihat serta melatih tentera dan polis Afghanistan.

Beberapa komander Amerika Syarikat berkata, mereka perlu menambah semula tentera darat bagi menyokong tentera Afghanistan, selain membantu menawan kembali wilayah yang dikuasai Taliban.

Setakat ini, seramai 8,400 tentera Amerika Syarikat berada di Afghanistan dan 5,000 lagi tentera daripada negara ahli NATO turut memainkan peranan sama.

Namun, ia masih jauh berbeza dengan kewujudan lebih 100,000 tentera Amerika Syarikat, enam tahun lalu. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :