Malah beberapa Adun yang didakwa terlibat menafikan penyebaran khabar angin itu dan menyatakan kesetiaan terhadap parti masing-masing.
Malah menteri besar dan tiga anggota Exco dari PKR dan Pas kini berada di Timur Tengah bagi menemui pelajar dan menyampaikan bantuan kerajaan negeri.
Beberapa hari lalu tular di media sosial kononnya enam Adun dari blok Pakatan Harapan dan Bebas telah ke istana bagi mendapat mandat membentuk kerajaan baru di negeri itu.
Ini ekoran keputusan Muktamar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
Mereka yang didakwa terlibat ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Loh Chee Heng (Bebas) dan empat Adun PKR iaitu Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Idris Ahmad (Ijok) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).
Namun Dr Idris Ahmad dalam pesanan Twitter menafikan dakwaan itu, begitu juga Rodziah Ismail.
Dr Daroyah pula mengikuti rombongan kerajaan negeri ke Timur Tengah yang dijadual kembali ke tanah air hari ini.
"Salam. Saya masa ini berada di Hospital Pantai Bangsar Kuala Lumpur sedang mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Sila panggil (telefon) klinik saya sekarang untuk pastikan. Sila jangan fitnah saya. Saya masih bermaruah bukan macam separuh pemimpin-pemimpin yang ada," tegas beliau.
Rodziah turut menafikan berita yang tersebar dan bertegas masih bersama PKR dan Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>