Penumpang Viva Tersepit Kemalangan Jalan Miri-Bintulu


MIRI: Seorang penumpang Perodua Viva mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lama Miri – Bintulu pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux melanggar kenderaan Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan berdekatan simpang Marudi dekat sini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan tersebut menyebabkan seorang lelaki yang duduk di bahagian belakang kenderaan Viva mengalami kecederaan bahagian kaki mangsa tersepit.

“Pihak Bomba bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dan mangsa seterusnya diberi rawatan awal oleh Unit EMRS.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya. – Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :