Trump Lawat Saudi, Israel, Vatican


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual mengunjungi Arab Saudi, Israel dan Vatican sempena lawatan ke luar negaranya yang pertama pada akhir bulan ini, sejak beliau memegang jawatan itu, menurut Rumah Putih pada Khamis lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Rumah Putih, Trump dijadual melawat negara berkenaan sebelum menghadiri Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sidang kemuncak G7 yang dijadualkan di Brussels dan bandar Sicily Itali pada akhir Mei, lapor Bernama.

Jelas kenyataan itu lagi, semasa lawatan ke Arab Saudi, Presiden AS dijangka mengadakan perbincangan dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud antara lain berkaitan isu kepentingan strategik termasuk usaha memerangi kumpulan pengganas.

Kemudian Trump akan ke Israel bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada pertemuan dengan Abbas akan berlangsung di Tebing Barat.

Trump kemudian akan bertemu dengan Pope Francis di Vatican dan dijangka membincangkan mengenai kerjasama antara AS dengan komuniti agama.-mStar

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :