MADRID: Polis Sepanyol merampas lebih dua tan kokain dari sebuah kapal Venezuela di Lautan Atlantik dan menahan tujuh anak kapal.
Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka merampas 2,400 kilogram kokain, senjata dan menahan tujuh anak kapal warga Venezuela. Kapal kecil itu kemudian ditunda ke Pulau Canary, Sepanyol.
Rampasan dan tangkapan itu dibuat pada 4 Mei lalu dengan kerjasama Pentadbiran Penguatkuasa Dadah Amerika Syarikat, Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom (UK) dan polis Portugis.
Dalam operasi sama, polis turut memintas penghantaran 5.5 tan kokain ke Sepanyol di luar perairan Ecuador dan menahan 24 orang. Penghantaran itu dipercayai didalangi kumpulan penjenayah di Galacia, utara Sepanyol. - REUTERS