PRU14: Anyi Calon Tunggal BN Di Baram


MARUDI: Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau berkemungkinan besar akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Baram.

Pada masa ini hanya nama Anyi sahaja dalam senarai Parti Progresif Demokratik (PDP) untuk dicalonkan.

Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata, Anyi adalah calon tunggal dalam parti untuk kerusi P.220 Baram.

"Ini jawapan jelas bagi PDP dan saya memohon pengundi berdaftar di Baram agar menyokong Barisan Nasional (BN) tanpa berbelah bahagi," katanya.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi dan Ahli Majlis Tertinggi PDP mahu ketua masyarakat dan ketua kaum memain peranan masing-masing dalam komuniti.

"Menjadi tanggungjawab ketua masyarakat memastikan masalah dan kebajikan rakyat terpelihara serta diberi perhatian," ujarnya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :