Bukan main lagi nak Raya ni buat Vanidah Imran, dengar berita yang Syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra telah menerima perintah oleh pihak mahkamah Seksyen untuk membayar baki bayaran kontrak berjumlah RM265,000 kepada pelakon Vanidah Imran.
Memetik laporan Berita Harian, Hakim Roszianayati Ahmad membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Vanidah mendapatkan bayaran tunggakan bagi 'talent agreement' yang dimasuki antara pelakon itu dan Miliyasutra Industries Sdn Bhd bagi tempoh dua tahun bermula pada September 2012.
Mahkamah membenarkan tuntutan Vanidah selaku plaintif selepas mendengar keterangan saksi kedua-dua belah pihak.
Oleh itu, Roszianayati memerintahkan Miliyasutra membayar kos berjumlah RM10,950 kepada Vanidah.
Namun, hakim menolak tuntutan Vanidah untuk mendapatkan ganti rugi bagi penggunaan imejnya selepas luput perjanjian, tuntutan bagi ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.
Selain itu, mahkamah turut menolak saman tuntutan balas Miliyasutra dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000.
Related Posts :
ABBY MOHON DOA, ANAK TIRI TERLIBAT KEMALANGAN MOTOR
Penyanyi dan pelakon Abby Abadi menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan yang anak tirinya, Danish Edry, 12, telah terlibat dengan kem… Read More...
AJAK SHIRO RASA SYUKUR ISTERI BEBAS WABAK 'MERS-COV'
"Siapa tidak risau apabila isteri demam panas tidak kebah, sakit sendi, sesak nafas dan hidung tiba-tiba berdarah, tambahan pula kami baru … Read More...
Nafkah polilik: Husam terus asak kerajaan Kelantan beri penjelasan
Oleh ZIKRI ABDULLAH
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Husam Musa terus mendesak kerajaan Kelantan memberi penje… Read More...
BABY DALAM KANDUNGAN: "MUNGKIN SUMBING BIBIR" - ISTERI LAN
Menerusi laman Instagram, isteri kepada penyanyi yang juga bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4), Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim telah mem… Read More...
MENINGGAL DUNIA - BAPA BAZLI UNIC SELAMAT DISEMADIKAN
Takziah kami ucapkan kepada anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan yang telah kehilangan bapa tercintanya, Che Osman Mat Isa yang menghembuska… Read More...