Dengan belanja besar sekiranya mahu lawan di mahkamah, Say No To DASH berkata pilihan terakhir ialah menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.
Ia menyebabkan mereka putus harapan untuk meneruskan bantahan.
“Kami sudah penat, kalau bantah pun macam tak ada guna, sebab kerajaan tidak mahu dengar.
“Apa yang kita boleh buat ialah minta semua penduduk tidak mengundi kerajaan Pakatan atau Pakatan Harapan pada PRU akan datang,” kata Mark.
Menurutnya, belanja yang besar menyebabkan hasrat mereka membawa kes itu ke mahkamah terpaksa diabaikan.
“Jadi buat apa nak bertengkar dengan kerajaan sebab yang bayar cukai kami, kalau saman kerajaan, mereka guna duit kami bayar cukai juga untuk lawan kami,” katanya kepada FMT.
Projek lebuh raya DASH menelan belanja RM9.87 bilion oleh kerajaan persekutuan ini mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan Selangor dan mula dibina Ogos tahun lepas.
Sebelum ini, beberapa pihak daripada parti politik dan badan bukan kerajaan menyuarakan bantahan terhadap kerajaan negeri berhubung rancangan pembinaan DASH dan SUKE, atas alasan menjejaskan kawasan perumahan penduduk.
Mark berkata, projek itu akan menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan Shah Alam dan perkara sama dijangka berlaku di sekitar Damansara Perdana, memandangkan lebih 1,000 pokok terpaksa memberi laluan.
“Di Damansara Perdana, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah memberi notis untuk menebang pokok disana sebanyak 1,100 batang, disusuli kawasan lain,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>