TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 3,000 bungkus rokok seludup dalam sebuah kereta di kawasan Batu 3, Jalan Apas, dekat sini malam tadi.
Rokok seludup dipercayai dari negara jiran yang dianggarkan bernilai RM40,000 itu dirampas dalam operasi OP Landai, kira-kira jam 10.30 malam.
Pemangku Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Superintendan Norzaid Mohammad Said, berkata sepasukan lima anggota Unit Risikan PPM yang membuat tugas OP Landai dan pemantauan aktiviti penyeludupan telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.
"Sebaik menyedari kehadiran polis, pemandu PROTON Saga memecut sebelum dikejar polis hingga berlaku pelanggaran antara kereta suspek dengan kenderaan PPM.
"Suspek kemudian memberhentikan kereta sebelum melarikan diri. Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu menemui plastik hitam yang mengandungi rokok seludup pelbagai jenama.
"Kereta dan barang rampasan dibawa ke Pejabat PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967," katanya.
Related Posts :
MB Kedah Dapat Projek Baru, Kereta Pun Tukar Baru, WOW!!!
Opcom dapat projek RM11 juta daripada Telekom Malaysia...
Siapa shareholder Opcom???
Mukhriz Mahathir - 23.41%...
Norzietah Zakaria mela… Read More...
Penjelasan Najib Kepada Putarbelit LGE, MOF Hopeless
Ingat lagi tak sindiran SPB YDP Agong masa merasmikan sidang parlimen untuk penggal yang pertama dulu...
Rasa2nya Agong sindir siapa seb… Read More...
UTUSAN MELAYU MERANDUK API TAK PASTI HIDUP ATAU MATI
PRESIDEN Universiti Islam Malaysia(UIM) Tan Sri Mohd Nur Yusuf sedang menerima beberapa buah buku sebagai simbolik … Read More...
Nak Coverline RM450 Juta, LGE Kantoi Lagi
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dengan muka tak bersalah, keluarkan kenyataan memuji dirinya sendiri dan cuba untuk memburukkan kerajaan … Read More...
Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah Sahkan RM2.6 Bilion Bukan Derma Dari Arab Saudi!!!
Satu Malaysia dan mungkin juga satu dunia tumpukan perhatian ke Wisma Putera bila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir, buat l… Read More...