Rumah Kediaman Musnah, 20 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang

Foto ihsan Bomba


SIBU: Dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya Jalan Teku dekat sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu mengakibatkan 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian terbabit dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian,  mendapati api merebak begitu pantas kerana struktur rumah yang dibina daripada kayu itu telah musnah sama sekali,” katanya.

Api berjaya dikawal kira-kira jam 12.56 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 1.20 pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.- Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :